JAKARTA – Restoran Karen’s Diner di Jakarta yang pernah tular kerana menawarkan layanan buruk kepada pelanggan disahkan telah ditutup, lapor portal berita Okezone semalam.
Menurut bekas kakitangan kanannya, Bedwina Baptista, restoran asal Australia itu ditutup selepas kontrak kerjasama dengan jenama asalnya tamat.
“Karen’s Diner cawangan Jakarta sudah ditutup kerana ia hanya satu bentuk kerjasama selama enam bulan,” katanya.
Tambah Bedwina, restoran berkenaan di Indonesia kini hanya beroperasi di Pulau Bali.
Perkongsian Bedwina menerima pelbagai reaksi netizen dengan ramai sudah menjangkakan restoran itu akan ditutup disebabkan banyak aduan negatif daripada pelanggan.
Gimik marah-marah yang dilakukan oleh pelayan restoran juga dikatakan berlebihan sehingga membuatkan ramai pelanggan berasa tidak selesa dan marah. – AGENSI