fbpx

Pencuri kebas telefon bimbit, ‘sedekah’ motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal suspek yang ditinggalkan di lokasi kejadian. - Banten News

JAKARTA, Indonesia – Seorang pencuri di Kota Tangerang, Banten berjaya melarikan pakaian dan sebuah telefon bimbit dari sebuah premis perniagaan, namun meninggalkan motosikalnya di lokasi kejadian.

Laman berita Suara.com melaporkan, jenayah itu berlaku di sebuah kedai mencuci motosikal di Daerah Larangan, Tangerang pada pagi Isnin lalu.

“Ketika melarikan diri, pencuri terlupa membawa motosikalnya dan meninggalkannya di lokasi kejadian,” kata  pekerja kedai tersebut, Gigi dalam satu hantaran di laman perkongsian gambar Instagram.

Motosikal pencuri tersebut diambil dari lokasi kejadian untuk dijadikan bahan bukti.

“Saya tidak tahu sama ada niatnya untuk bersedekah kerana pakaian dan telefon pekerja diambil, namun motosikalnya ditinggalkan di sini. Kalau ada yang mengenali pencuri itu, sila maklumkan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI