fbpx

‘Tidak sangka, kami diuji begini pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norashikin (kanan) menguruskan suaminya, Mat Sani yang lumpuh di rumah mereka di Kampung Payang Kayu, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Seorang suri rumah buntu memikirkan bagaimana mahu menanggung kehidupan keluarganya selepas suaminya kini hanya mampu terlantar akibat terjatuh dari pokok duku empat bulan lalu.

Norashikin Md. Said, 43, berkata, suaminya, Mat Sani Embong, 40, lumpuh akibat kece­deraan parah pada saraf tulang tunjang dan leher ekoran terjatuh dari ketinggian kira-kira dua meter.

Jelasnya, kemalangan itu berlaku sewaktu suaminya mengambil upah mengutip buah duku pada 5 September lalu.

“Kecederaan dialami menyebabkan suami dirawat di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selama 45 hari.

“Alhamdulillah umurnya masih panjang walaupun dia kini tidak seperti dahulu dan disahkan lumpuh,” katanya.

Norashikin berkata, suaminya yang dahulu menyara keluarga dengan melakukan kerja-kerja kampung kini hilang keupayaan sepenuhnya menyebabkan dia serta anak tunggal mereka, ­Puteri Nor Ellysha Balqis, 13, kini hilang punca pendapatan.

“Selain belas ihsan keluarga dan jiran-jiran, kami bergantung sepenuhnya dengan bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sebelum ini saya bekerja sebagai buruh ladang, namun berhenti setahun lalu bagi memberi sepenuh perhatian sepenuhnya terhadap persekolahan anak tunggal kami. Tak sangka, kami diuji begini pula,” katanya.

Norashikin berkata, dirinya mungkin tidak dapat kembali bekerja dalam masa terdekat memandangkan suaminya yang terlantar memerlukannya memakai lampin pakai buang.

“Doktor tidak menjamin suami dapat sembuh semula seperti sedia kala kerana menurutnya pembedahan susulan sekiranya dilakukan mempunyai risikonya tersendiri,” luahnya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Norashikin bernombor 1111441000107617 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 019-5206184.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI