fbpx

F1: Wolff kekal demi tewaskan Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF (kanan) percaya Hamilton masih menjadi ‘senjata’ terbaik buat Mercedes untuk menewaskan Red Bull musim baharu nanti. - AFP

LONDON – Toto Wolff tanpa berselindung mengakui bahawa keputusannya untuk kekal menjadi ketua pasukan Mercedes dalam perlumbaan Formula Satu (F1) adalah untuk bersama Lewis Hamilton menewaskan Red Bull.

Baru-baru ini, Wolff telah menandatangani perjanjian kontrak baharu selama tiga tahun dengan Mercedes hingga akhir tahun 2026 dan kontrak juara dunia tujuh kali, Hamilton kekal berjalan hingga akhir tahun 2025.

Ketika ini, semangat Hamilton untuk mengejar gelaran dunia F1 buat kali kelapan belum padam apabila pemandu Britain tersebut meletakkan kepercayaan kepada Mercedes 100 peratus.

Biarpun, Red Bull mendominasi perlumbaan 2023 namun ia sama sekali tidak melunturkan semangat Mercedes untuk terus mencari ramuan terbaik membina jentera lebih kompetitif menjelang musim 2024 yang akan bermula pada Mac nanti di Bahrain.

“Saya kekal berada di Mercedes untuk mengalahkan Red Bull dengan Lewis Hamilton. Apa yang saya difahamkan menerusi ujian simulator, jentera 2024 kami beroperasi dengan cukup positif seperti dua musim lalu.

“Jika kami memberi Hamilton jentera yang baik untuk memberikan keyakinan kepadanya ketika di dalam litar, saya yakin bahawa kami mampu berada di hadapan semula,” katanya.

Dalam pada itu, Wolff juga percaya bahawa Hamilton mampu mengekalkan pemanduan terbaiknya biarpun sudah berusia 39 tahun.

“Kemampuan Hamilton berada pada tahap yang berbeza. Jika kami dapat memberinya jentera yang dia mahukan, saya percaya dia akan kembali bergelar juara,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI