fbpx

Perlu kuasai taktikal Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERUBAHAN taktikal drastik mungkin terpaksa dilakukan Pan-gon berdasarkan kemampuan lawan dan para pemain perlu segera menguasainnya. - FB FAM

HARIMAU Malaya perlu segera membiasakan diri dengan ‘membudayakan’ perubahan drastik yang diterapkan oleh jurulatih negara, Kim Pan-gon dalam setiap perlawanan yang mungkin berbeza.

Penerimaan pemain terhadap pendekatan Pan-gon harus berada pada tahap terbaik terutamanya untuk cuba mengimbangi kualiti yang ada pada pesaing Harimau Malaya di pentas Asia kali ini.

Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),­ Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd Karim, berkata, perubahan yang dilakukan seakan menjadikan pemain hilang arah dengan corak permainan sendiri.

“Saya tidak boleh bercakap lebih kerana Pan-gon yang berada bersama pasukan setiap hari, tetapi secara umumnya kita dapat lihat perubahan dibuat menjadikan pemain seperti terpinga-pinga dan lambat buat keputusan.

“Pemain kita belum ‘membudayakan’ diri dengan perubahan khususnya jika dibuat pada saat akhir. Sebab itu kalau kita lihat pemain seperti tidak tahu apa yang perlu dibuat dan situasi ini pantas dimanfaatkan oleh Jordan,” katanya.

Pada aksi dengan Jordan Selasa lalu, Pan-gon membuat keputusan mengejutkan apabila meletakkan bintang muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi di posisi pemain sayap kanan bertahan dan bergandingkan dengan Faisal Halim.

Ketika itu Pan-gon meletakkan Romel Morales di posisi yang sering diisi Faisal, namun kelainan itu gagal membuahkan hasil hingga mengundang kecaman peminat.

Berdasarkan kritikan penyokong, dapat dirumuskan ramai yang kurang bersetuju dengan perubahan taktikal dan pemilihan pemain khususnya membabitkan kedudukan Faisal serta Arif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI