fbpx

‘Awak sentiasa di hati saya dan anak-anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh Ida bersama suaminya di akaun TikToknya.

PETALING JAYA – ‘Awak sentiasa di hati saya dan anak-anak’.

Demikian luahan isteri peniaga produk kosmetik, Norhisyam Ismail, 43, yang masih hilang selepas terjatuh dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, Kota Bharu pada Isnin lalu.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Ida meluahkan perasaan itu berserta gambar bersama suaminya di akaun TikTok miiknya.

Menurut Ida, kebaikan Norhisyam membuatkan dirinya dan anak-anak berasa sangat beruntung mempunyai figura tersebut sebagai ketua keluarga.

“Suami saya sangat baik. Saya dan anak-anak sangat beruntung. Kami memang keluarga sederhana,” katanya.

Di ruangan komen, Ida turut menepis dakwaan pengguna media sosial berhubung gaya hidup mewah dia sekeluarga yang menjadi punca suaminya bertindak demikian.

“Kami sama-sama berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan bahagia bersama anak-anak. Hanya dia, saya dan anak-anak saja yang tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Ida turut berharap agar jasad suaminya ditemui hari ini yang memasuki hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Insya-Allah mudah-mudahan jumpa hari ini. Doakan saya dan anak-anak kuat,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.48 petang, Isnin lalu.

Opersi SAR dijalankan pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Sretakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Semua pihak diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian itu demi menghormati privasi keluarga mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI