fbpx

Top Glove jangka isu kediaman pekerja selesai hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Syarikat pengeluar sarung tangan Top Glove menjangkakan mampu menyediakan kediaman yang lebih sempurna untuk semua pekerjanya menjelang hujung tahun ini.

Syarikat berkenaan dalam satu kenyataan berkata, kerjasama penuh akan diberikan kepada pihak yang berkaitan susulan pengumuman oleh Kementerian Sumber Manusia berhubung Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Langkah-langkah untuk menyediakan serta menambah baik kediaman pekerja sedia ada sedang dijalankan dan ia dijangka mampu diselesaikan menjelang tarikh 31 Disember 2020.

“Ini adalah seiring dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan pendekatan secara mendidik kepada majikan di pelbagai sektor sehingga penghujung tahun ini agar pihak majikan mampu patuh kepada Akta 446,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sejak dua bulan lalu, syarikat berkenaan telah membelanjakan sebanyak RM20 juta untuk membeli sebanyak 100 buah unit apartment untuk pekerja mereka bagi memastikan ia menepati keperluan yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini adalah sebagai tambahan kepada pembelian 100 buah rumah teres dua tingkat dan hostel yang dilengkapi kemudahan seperti tempat makan, mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai gunting rambut dan pasar mini yang dianggarkan bernilai RM50 juta keseluruhannya.

“Pekerja adalah aset syarikat dan kami komited bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk melakukan penambahbaikan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka terjaga,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI