fbpx

Didakwa pandu bahaya, nenek bergari keluar mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leuk Ley dibawa dengan tangan bergari ketika keluar dari Mahkamah Majistret di George Town, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang wanita warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan memandu kereta secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dengan tiga buah motosikal, November lalu.

Tan Leuk Ley ,76, yang merupakan seorang pesara kerajaan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Mengikut pertuduhan pertama, Leuk Ley dituduh telah memandu dengan kelajuan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal yang ditunggang oleh Mohammad Afiq Roszani, 23.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Bukit Gambir, kira-kira pukul 2.15 petang, 27 November tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, di lokasi dan masa yang sama, Leuk Ley didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal yang ditunggang Mohd. Nor Ezrie Ahamad Nordin, 40, bersama pembonceng motorsikal bernama Nur Irfan Hakim Mohd Nor Ezrie, 15.

Untuk pertuduhan ketiga, juga di lokasi dan masa sama, Leuk Ley didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan terhadap motosikal yang ditunggang Muhammad Syamil Zulkarnain, 22 dan pembonceng, Kristina Abdulllah, 22.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Ashraf Ali memohon jaminan berjumlah RM30,000 dikenakan bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Leuk Ley ketika hadir ke Mahkamah Majistret George Town dengan ditemani ahli keluarganya, hari ini.

Peguam yang mewakili tertuduh, K. Dave memohon supaya jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya merupakan seorang pesara kerajaan dengan bergantung kepada wang pencen berjumlah RM1,800 sebulan.

“Anak guam saya juga mempunyai penyakit ketumbuhan di dalam telinga yang menyebabkan telinganya mengalami masalah pendengaran.

“Dia juga masih mendapatkan rawatan penyakit berkenaan di hospital dan sejak dari hari kejadian dia sentiasa memberi kerjasama kepada pihak polis,” katanya.

Majistret Siti Nurul Suhaila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan dia serta ahli keluarganya tidak dibenarkan mengganggu mangsa-mangsa. Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Sebelum ini, media melaporkan lima individu cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan iaitu tiga motosikal dan empat kereta di Jalan Bukit Gambir, dari arah Universiti Sains Malaysia (USM) ke Jalan Tun Dr Awang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI