fbpx

Wanita didenda RM100 kerana mencarut doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

SHAH ALAM – Perbuatan jurujual wanita melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang doktor membawa padah apabila didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Sahsa Diana Sabtu menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Laura Mannel Supramaniam, 35, mengaku salah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa berkelakuan kurang sopan dengan cara menunjukkan dan menggunakan perkataan tidak sopan dengan niat untuk mengganggu keamanan.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah klinik swasta di Bandar Sunway di sini pada pukul 5 petang, 10 Januari lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa denda sehingga RM100.

Peguam Shalehhuddin Salam merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnnya menanggung dan menjaga ibu yang menjalani dialisis.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran bagaimanapun memohon hukuman berat selepas mengambil kira kepentingan awam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI