fbpx

Isteri hamil ‘tangkap’ suami curang di hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu menyerang kekasih suaminya selepas pintu bilik itu dibuka. - Instagram

JAKARTA, Indonesia – Seorang isteri yang hamil dua bulan menangkap suaminya berlaku curang bersama wanita lain di sebuah hotel di Pontianak, Kalimantan Barat.

Laman berita Suara.com melaporkan, kejadian itu berlaku pada pagi semalam. Sebuah klip video memaparkan kejadian itu dikongsikan di akaun Instagram @liputanpontianak.

Pada awalnya, wanita tersebut bersama beberapa rakannya dilihat menyelinap masuk ke sebuah hotel.

Setibanya di pintu bilik yang didakwa dihuni suaminya dengan wanita lain, wanita itu mengetuk pintu tanpa berkata apa-apa.

Tidak lama kemudian, pintu kelihatan dibuka oleh seorang wanita dan dia segera menolak pintu itu dengan kuat. Si isteri kemudian melihat suaminya tidur di atas katil di dalam bilik tersebut.

Disebabkan tidak dapat mengawal emosi, wanita itu menyerang kekasih gelap suaminya dengan terus mengeluarkan pelbagai kata-kata cacian.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ini yang diharapkan ketika perampas suami orang ditangkap,” komen seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI