fbpx

Budak tekun siapkan kerja sekolah ketika ibu ‘live streaming’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak lelaki itu dilihat tekun menyiapkan kerja sekolah ketika live streaming. - SCMP

BEIJING – Seorang wanita membuat rakaman siaran langsung di media sosial sebagai percubaan untuk meningkatkan tumpuan anak lelakinya dalam menyiapkan kerja sekolah.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, Zhang dari wilayah Sichuan, barat daya China mula membuat rakaman sesi pembelajaran anaknya yang berusia sembilan tahun pada minggu pertama 2024.

Dia melihat kesan yang mengejutkan apabila anaknya berjaya menyiapkan kerja sekolah dua hingga tiga kali ganda lebih pantas daripada biasa. 

Menurut Zhang, lebih 900 orang memerhatikan anaknya menyiapkan kerja sekolah dan budak lelaki itu kini mampu menyiapkan tugasan hanya dalam satu sesi sahaja.

Aplikasi Douyin tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur muncul dalam penstrim langsung, justeru Zhang hanya menunjukkan tangan anaknya dan kerja rumahnya dalam sesi itu.

Kaedah inovatif Zhang telah memberi inspirasi kepada ibu bapa lain yang bimbang dengan kekurangan tumpuan anak-anak mereka untuk mencuba taktik yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI