fbpx

Lelaki dicekup seludup gula, Milo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga Indonesia yang ditahan kerana menyeludup keluar pelbagai barangan makanan.

LUBOK ANTU – Seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana menyeludup keluar pelbagai jenis barangan makanan bernilai RM1,920 dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser nombor plat Malaysia.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan Victor Ripon berkata, barangan itu adalah 107 bungkus gula pek satu kilogram (kg), 12 bungkus Milo (1kg), 24 bungkus Milo (400 gram), sekotak kaki ayam beku (13kg), 32 peket sosej, sekotak ikan kembung sejuk beku (10kg), 96 tin susu pekat dan satu kampit beras (10kg).

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kes dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sri Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek dikenali sebagai Riki Ricardo, 39, dari Putus Sibau, Indonesia ditahan kira-kira pukul 3.45 petang kelmarin dalam Ops Lejang/Rantau yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI