fbpx

[VIDEO] Penghendap Acacia dihantar ke Hospital Bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Safiq dibawa polis selepas prosiding di Mahkamah Majistret Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang bekas pereka sambilan yang menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap dilepas dan dibebaskan, namun diperintah ke Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Majistret Sasha Diana Sabtu memutuskan demikan selaras dengan peruntukan Seksyen 347 Kanun Tatacara Jenayah kerana pihak pembelaan berjaya membuktikan tertuduh, Mohamad Safiq Rosli, 38, adalah tidak waras.

“Waalu bagaimanapun, mahkamah menggunakan peruntukan Seksyen 348 kanun yang sama supaya tertuduh ditahan di pusat tahanan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan melaporkan kes itu kepada Sultan Selangor,” katanya.

Mohamad Safiq didakwa menggunakan akaun @sopert99 secara berulang mengganggu mangsa, Acacia Mardiana Daud, 31, di akaun “@ShaFoShizzle”.

Gangguan itu kemudian dibaca di sebuah rumah di daerah ini yang mana tertuduh sepatutnya tahu gangguan tersebut boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Antara gangguan tersebut adalah membabitkan luahan perasaan.

Kesalahan itu dilakukan pada 15 Julai hingga 21 Julai 2023.

Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI