fbpx

Bitcoin hampiri RM81,550 satu unit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMBELI bitcoin, Adalberto Orta (kanan) membayar tunai kepada seorang wanita untuk bitcoinnya selepas transaksi melalui platform internet Bitremesas di Havana, Cuba pada 17 Oktober lalu. – AFP

LONDON – Mata wang siber utama, bitcoin melonjak seketika untuk mencatat rekod baharu kelmarin apabila menghampiri nilai AS$20,000 satu unit.

Bitcoin melepasi rekod ter­tinggi sebelum ini iaitu AS$19,783 (RM80,665) untuk mencecah AS$19,800 (RM80,734), manakala beberapa penganalisis berkata, nilai bitcoin akan melepasi paras rintangan AS$20,000 (RM81,550) dalam masa terdekat.

Perdebatan tercetus mengenai status aset digital itu yang dilancarkan pada penghujung 2008, sama ada ia sepatutnya dianggap sebagai wang, aset ataupun komoditi.

Kelmarin menyaksikan nilai mata wang kripto itu meningkat lapan peratus, manakala peningkatan tahun ini pula melebihi 150 peratus sekali gus jauh lebih tinggi berbanding nilai beberapa sen apabila bitcoin mula diniagakan semasa krisis kewangan global.

Pada Mac lalu, bitcoin berada pada paras AS$5,000 (RM20,387) satu unit. Dagangan kelmarin juga menyaksikan nilai keseluruhan bitcoin di pasaran mencecah AS$360 bilion (RM1 trilion).

Sementara itu, sebilangan bank pusat mengumumkan rancangan untuk menerbitkan mata wang kripto masing-masing dengan risiko sifar seperti wang kertas dan syiling fiat. Ia seiring dengan peningkatan mata wang kripto dan penurunan penggunaan wang tunai di seluruh dunia.

Beberapa bank pusat termasuk di China, Sweden dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat juga menguji aplikasi digital tersebut sebagai tindak balas terhadap langkah Facebook menerbitkan mata wang kriptonya sendiri, Libra.

Bebas daripada kawalan mana-mana bank pusat, bitcoin merupakan alternatif menarik kepada pelabur yang gemarkan mata wang eksotik, begitu juga dengan penjenayah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI