fbpx

Lelaki meninggal dunia dalam kereta lepas sarapan nasi berlauk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengusung mayat mangsa yang ditemui maut di dalam sebuah kereta di Kampung Wakaf Stan, Kota Bharu menaiki trak untuk dibawa ke hospital hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta selepas bersarapan nasi berlauk di sebuah kedai makan di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari seorang penduduk kampung selepas mendapati kereta jenis Honda City dinaiki mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an tidak bergerak meskipun enjinnya hidup kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 40, berkata, lelaki itu dikatakan datang ke kedai makan itu untuk bersarapan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, selesai makan di premis itu, mangsa dipercayai masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumahnya di Kampung Panjang, di sini.

“Beberapa penduduk kampung melihat kereta terbabit tidak bergerak walaupun pemandunya ada di dalam. Salah seorang penduduk kampung kemudian bergegas mengetuk pintu kereta terbabit dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian hari ini.

Azman memberitahu, penduduk kampung yang mengenali keluarga lelaki itu terus menghubungi isterinya dan pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya membawa mangsa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan maklumat lengkap akan menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI