fbpx

Tiada kenaikan tarif air di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabah ketika ini mengekalkan tarif air serendah 30 sen bagi setiap meter padu air bagi penggunaan sehingga 10 meter padu dalam kalangan pengguna domestik. Foto Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Sabah ketika ini mengekalkan tarif air serendah 30 sen bagi setiap meter padu air bagi penggunaan sehingga 10 meter padu dalam kalangan pengguna domestik.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, tiada sebarang cadangan menaikkan tarif air di Sabah dan ia masih sama seperti dikenakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada waktu ini.

“Walaupun tarif air bakal dinaikkan di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bulan depan namun Sabah setakat ini tiada perbincangan ke arah itu.

“Pengguna masih perlu membayar kadar tarif air mengikut yang sedia ada sekarang iaitu serendah 30 sen untuk setiap meter padu air bagi penggunaan sehingga 10 meter padu,” katanya.

Difahamkan, tiada sebarang perubahan tarif air di Sabah sejak puluhan tahun lalu.

Kadar tarif air tertinggi pengguna domestik individu di Sabah ialah RM1.80 satu meter padu untuk penggunaan yang melebihi 60 meter padu.

Pengguna di kawasan pangsapuri atau kondominium yang dilengkapi fasiliti pukal pula dikenakan RM1.30 bagi setiap meter padu dan 90 sen satu meter padu bagi yang tiada fasiliti pukal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI