fbpx

Lelaki tak pulang rumah ditemui meninggal dunia dalam kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam kebun di Kampung Ruhiang, tengah hari semalam selepas tidak pulang ke rumahnya sejak awal pagi hari sama. - FOTO IHSAM BOMBA

TAMPARULI – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam kebun di Kampung Ruhiang, tengah hari semalam selepas tidak pulang ke rumahnya sejak awal pagi hari sama.

Mangsa Lotimin Maun, 59, dipercayai keluar menuju ke kebun di kampung berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi untuk aktiviti berkebun dan kebiasaannya akan pulang pada 6.30 pagi.

Bagaimanapun, mangsa tidak pulang sehingga pukul 8 pagi menyebabkan ahli keluarganya cuba mencari sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan membantu mengangkat mangsa di kawasan kebun Kampung Ruhiang, Tamparuli pada pukul 3.20 petang.

Katanya, sepasukan bomba kemudian digerakkan ke tempat kejadian kira-kira 14 kilometer dari balai bomba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat kejadian.

“Pasukan bomba kemudian mengangkat mayat mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 4.30 petang,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI