fbpx

Individu sama disyaki bakar masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EADAAN Masjid di Kampung Parit Simis Darat, Batu Pahat selepas mengalami kebakaraan baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Perbuatan khianat dengan membakar sebuah masjid dan surau di Sri Medan di Batu Pahat dipercayai dilakukan oleh individu yang sama.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat tidak menolak kemungkinan itu setelah kerosakan yang berlaku adalah sama membabitkan kedua-dua kes tersebut.

Katanya, cara suspek menceroboh masjid dan surau tersebut serta waktu melakukan perbuatan khianat itu juga adalah sama.

“Oleh itu, kita tidak tolak kemungkinan unsur khianat ini dilakukan oleh orang yang sama. Justeru, kita akan membuka siasatan mengikut kes ceroboh dan khianat dengan api,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Pada malam Ahad lalu, kejadian kebakaran sebuah masjid di Kampung Parit Simis dekat Sri Medan berlaku pada pukul 10.46 malam yang memusnahkan 50 peratus daripada rumah ibadat itu.

Selang sehari kemudian, sebuah surau di Parit Bangas di Sri Medan pula terbakar yang memusnahkan 40 peratus struktur bangunan itu kira-kira pada pukul 10 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI