fbpx

Dua beranak antara tiga diberkas seludup dadah RM1.23 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL ZAMAN menunjukkan peluru hidup yang dirampas selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Seorang ibu dan anak antara tiga individu yang ditahan dalam operasi khas yang membongkar sindiket penyeludupan dadah menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri, minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya turut membuat rampasan pelbagai jenis dadah seberat lebih 24 kilogram (kg) berjumlah lebih RM1.23 juta.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia lingkungan 40 hingga 61 ditahan di sebuah pangsapuri di kawasan Larkin kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Modus operandi kegiatan sindiket pengedaran dadah ini adalah dengan menjadikan sebuah apartment berpagar dan berpengawal yang disewa sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Kegiatan sindiket pengedaran dadah yang didalangi seorang lelaki berusia 40 tahun itu telah aktif beroperasi sejak Oktober tahun lalu,”katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, dalam serbuan tersebut , polis turut menemukan lima butir peluru hidup bertulis ‘S3 9MM Luger’ dan ‘A USA 380 Auto’ yang disembunyikan dalam mesin basuh.

“Hasil saringan air kencing mendapati dalang utama sindiket itu positif dadah jenis Methamphetamine dan suspek mempunyai 46 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah selain merupakan individu dikehendaki bagi enam kes melibatkan jenayah dan dadah,” katanya.

Katanya, kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga hari ini dan akan membuat permohonan reman untuk meneruskan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI