fbpx

20 ekor gajah liar ceroboh Kampung Tekal cari makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk menunjukkan tanaman yang dimusnahkan kawanan gajah liar di Kampung Tekal di Cameron Highlands hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Penduduk Orang Asli di Kampung Tekal gempar apabila kira-kira 20 ekor gajah liar menceroboh kawasan penempatan dan kebun mereka di sini hari ini.

Penduduk Kampung Orang Asli Kampung Tekal, Cik Ahmat, 50, berkata, kehadiran kawanan gajah liar berkenaan mengejutkan penduduk yang nyenyak tidur menyebabkan mereka bergegas bangun dalam keadaan ketakutan.

“Bunyi berselang seli batang, dahan serta daun pokok yang dipatahkan serta dipijak agak kuat menyebabkan penduduk gempar, tetapi kami masih berwaspada dengan menjaga keluarga masing-masing

“Pagi ini saya meninjau kawasan berdekatan rumah mendapati sebahagian pokok buluh, pokok pinang dirosakkan setelah sebahagiannya telah dimakan haiwan liar ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu seorang lagi penduduk, Zubir Muhamad, 50, berkata, gangguan gajah liar itu sudah menjadi lumrah bagi penduduk di situ menyebabkan mereka sentiasa berada dalam ketakutan apabila ia sering berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, gangguan gajah liar itu menyebabkan penduduk berasa tidak selesa dan sentiasa berada dalam kebimbangan memikirkan keselamatan keluarga masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI