fbpx

Lelaki ditahan guna surat kebenaran tamat tempoh beli diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa KPDN memeriksa tong dram yang diisi diesel di sebuah stesen minyak di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Tindakan seorang lelaki yang secara terang melakukan pengisian minyak diesel ke dalam tong dram yang diletakkan di belakang pacuan empat roda di sebuah stesen minyak membawa padah apabila ia dikesan oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Dalam pemantauan Ops Tiris di sebuah stesen minyak di daerah ini KPDN berjaya merampas minyak diesel dan kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan RM35,521.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, dalam operasi kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu pihaknya turut menahan lelaki tempatan berusia 44 tahun untuk siasatan lanjut.

“Penahanan tersebut dilakukan oleh sepasukan pegawai penguatkuasa KPDN Temerloh dalam operasi rutin harian Ops Tiris selepas merekaterserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan membuat pengisian minyak diesel ke dalam tong di bahagian belakang kenderaan berkenaan.

“Dalam operasi yang dijalankan pegawai penguatkuasa KPDN Temerloh itu mendapati individu yang ditahan menggunakan surat kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia yang telah tamat tempoh bagi membeli barang kawalan iaitu minyak diesel,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Razak lelaki berkenaan ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan siasatan giat dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI