fbpx

Bateri berkuasa nuklear tahan 50 tahun tanpa cas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BV100 dilancarkan pada 8 Januari lalu. - The Independent

BEIJING – Sebuah syarikat di China membangunkan bateri nuklear bersaiz sekeping wang syiling yang boleh menjana tenaga elektrik selama 50 tahun tanpa perlu dicas. 

Laman berita Wion News melaporkan, syarikat Betavolt yang berpangkalan di Beijing telah melancarkan bateri nuklear untuk ‘kegunaan awam’ pada 8 Januari lalu.

Bateri yang masih dalam fasa pembangunan itu didakwa berpotensi digunakan pada telefon pintar di masa hadapan.

Betavolt menganggap bateri dinamakan BV100 itu sebagai teknologi baharu yang jauh mendahului penyelidikan saintifik Eropah dan Amerika.

Bateri itu mengeluarkan tenaga menggunakan isotop radioaktif nikel (Ni-63) yang mereput. Ia berukuran 15x15x15 milimeter dengan kuasa 100 mikrowatt dan voltan 3 volt.

Pada masa akan datang, syarikat tersebut menyasarkan untuk meningkatkan teknologi tersebut dengan menghasilkan bateri yang berupaya menjana 1 watt kuasa menjelang 2025. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI