fbpx

‘Bukan semua orang beruniform ni buta hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan wanita warga emas yang uzur turun dari motosikal seorang pegawai polis trafik dengan berhati-hati.

PETALING JAYA – Tindakan seorang anggota polis trafik dipercayai di Kota Bharu, Kelantan, membonceng wanita warga emas yang uzur dengan motosikalnya, meraih perhatian orang ramai.

Menerusi video perkongsian Mohd Rozani Mohd Ghazali di Facebook, kelihatan warga emas berkenaan turun daripada kenderaan tersebut dengan perlahan dan berhati-hati.

“Terbaik abang uniform tolong tumpangkan mak cik ni di Masjid Muhammadi,” katanya.

Orang ramai tidak putus-putus memuji kebaikan pegawai berkenaan dan mendoakan dia diberikan balasan yang setimpal.

“Bukan semua orang yang beruniform ni buta hati. Tengok keperibadian abang ni dah cukup buat kita sebak,” komen Rodiah Hashim

“Terbaik pegawai polis ini. Allahuakbar, semoga Allah permudahkan segala urusan
hambanya,” ucap Bidara Kasturi.

“Terbaik anggota polis ni. Semoga Allah beri ganjaran di dunia dan akhirat,” ujar Junaina.

Dalam masa sama, orang ramai turut berharap supaya pihak bertanggungjawab segera tampil membantu kebajikan warga emas berkenaan, lebih-lebih lagi jika dia hidup sebatang kara.

“Mohon sangat pihak berkaitan di sana dapat bantu segera keperluan mak cik ini. Sediakan tempat tinggal dan kesihatan mak cik ini,” pinta Hafiz Ibnu Khaldun.

“Kalau nenek ni sebatang kara, Jabatan Kebajikan Masyarakat tolonglah. Usia macam ni memang tak boleh dah hidup seorang, kasihan dia. Kalau ada anak, tak apalah,” pesan seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI