fbpx

Persidangan Emas Malaysia 2024 berlangsung Februari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persidangan Emas Malaysia kali pertama diadakan pada tahun lalu.

PETALING JAYA – Persatuan Emas Malaysia (MGA) bakal me­nganjurkan Persidangan Emas Malaysia buat kali kedua di ibu negara Februari ini, yang me­nyasarkan peminat emas, peniaga barang kemas, wakil bank dan pelabur untuk berkumpul mendengar pandangan berharga daripada veteran emas terkemuka global.

Menurut MGA dalam satu kenyataan, persidangan tersebut juga bakal mengetengahkan kaedah menavigasi cabaran industri secara berkesan, selain menero­ka potensi pasaran logam berharga tempatan dan global.

Dijadualkan berlangsung pada 28 Februari 2024 dari 9 pukul pagi hingga 4 petang, Persida­ngan Emas Malaysia 2024 akan diadakan di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur dengan sasaran kira-kira 300 perwakilan tempatan dan dari negara serantau.

Tiket berharga RM2,500 atau AS$500 seorang, termasuk dua sesi teh/kopi percuma dan jamuan makan tengah hari.

Presiden MGA, Datuk Louis Ng berkata, persidangan itu platform untuk perwakilan mengembangkan rangkaian perniagaan di seluruh rantau ini dan mendapatkan maklumat bermanfaat untuk berkembang maju.

“Saya bakal berkongsi ilmu yang tidak ternilai yang dipe­rolehi daripada persidangan emas seluruh dunia, selain pandangan peribadi tentang potensi pasaran emas di Malaysia dengan perwakilan.

“Tujuan utama persidangan emas ini adalah untuk memupuk dan mengembangkan industri perdagangan emas serantau ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI