fbpx

Piala Asia: Kang-in benam populariti Heung-min

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG-IN (tengah) meledak dua gol buat Korea Selatan ketika menewaskan Bahrain 3-1 di Stadium Jassim bin Hamad kelmarin. – AFP

AL-RAYYAN – Bintang muda Pa­ris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in menyinar buat Korea Selatan ketika kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min bergelut menampilkan prestasi sebenarnya.

Sebelum kempen ­Piala Asia bermula, Heung-min, 31, dijangka mampu memenangi kasut emas, tetapi sebaliknya berlaku apabila penyudah penye­rang prolifik itu dilihat tumpul.

Dia yang kini sudah meledak 12 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, gagal memanfaatkan dua peluang keemasan termasuk me­ngutip kad kuning kerana ‘berlakon’ merebahkan badan ketika menentang Bahrain kelmarin.

Taegeuk Warriors menarik nafas lega apabila Kang-in, 22, tampil meledak dua gol memastikan bekas juara dua kali itu menang 3-1 ke atas Bahrain dalam aksi di Stadium Jassim bin Hamad.

“Saya masih perlu banyak belajar daripada dia (Heung-min), bukan hanya dari aspek bola sepak, tetapi kehidupan di luar padang juga. Saya cuba sebaik mungkin untuk menjadi sehebatnya,” kata Kang-in.

Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann memuji kecemerlangan Kang-in yang merupakan sahabat baik Neymar di PSG sebelum bintang Brazil itu me­nyertai gergasi Arab Saudi, Al-Hilal pada Ogos tahun lalu.

“Dia layak diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan ­kerana prestasinya cukup hebat selain turut menjaringkan dua gol,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI