fbpx

Piala Asia: Indonesia dakwa gol kedua Iraq ofsaid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSELINO (kiri) meledak gol tunggal buat Indonesia ketika tewas 1-3 kepada Iraq kelmarin. – AFP

AL-RAYYAN – Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong mempertikaikan keputusan pe­ngadil, Ilgiz Tantashev kerana mengesahkan gol ke­dua Iraq ketika tewas 1-3 pada aksi pertama Kumpulan D Piala Asia 2023 di Stadium Ahmed bin Ali kelmarin.

Tae-yong mendakwa jaringan Osama Rashid di penghujung separuh masa pertama sepatutnya dibatalkan kerana seorang lagi pemain Iraq, Mohanad Ali dalam kedudukan ofsaid ketika itu.

Bagaimanapun, Tantashev menghadiahkan juga jaringan tersebut selepas pengadil dari Uzbekistan itu mendapat ‘lampu hijau’ daripada Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Saya tidak tahu gol kedua (Iraq) tidak dianggap ­ofsaid. Jika tanggapan saya ­betul, maka pengadil telah membuat keputusan yang salah. Memang kami kecewa kerana ia berlaku pada waktu yang penting,” kata ­Tae-yong.

Gol itu dilihat ‘membunuh’ sema­ngat perjuangan Sang Garuda untuk mencipta kejutan meraih satu mata.

Ia selepas Marselino Ferdinand meledak gol penyamaan pada minit ke-37 untuk me­madam jaringan pembukaan Iraq melalui Mohanad Ali.

Indonesia di ranking ke-146 dunia, terpaksa akur selepas Iraq meledak gol ketiga menerusi Aymen Hussein pada minit ke-75. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI