fbpx

Pekerja kilang jadi hero terjun sungai selamatkan pemancing lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. RIZAM menunjukkan lokasi dia menyelamatkan seorang pemancing yang terjatuh di jeti Sungai Benut, Pontian, Johor, hari ini.

PONTIAN – Seorang pekerja sebuah kilang di kilang sawit, Felda Kahang Timur, Kluang menjadi hero setelah berjaya menyelamat seorang pemancing yang hampir lemas di Sungai Benut, di sini, malam semalam.

Bagaimanapun seorang lagi rakan pemancingnya telah lemas dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9 malam.

Menurut Mohd. Rizam Mustafa, 31, ketika itu dia bersama dua orang rakannya juga sedang memancing di lokasi yang sama dan terlihat kedua-dua mereka jatuh dari jeti di sungai tersebut.

Katanya, dia terus terjun sungai dan mencapai tangan salah seorang mangsa yang hampir lemas, namun rakannya seorang lagi tidak dapat diselamatkan dan terus tenggelam.

“Saya terus membawa rakannya naik ke atas bot kayu dalam keadaan lemah dan meraung memanggil nama kawannya yang dikenali sebagai Amirul yang telah dihanyutkan arus,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Pos Bomba dan Penyelamat di Benut di sini tengah hari tadi.

OPERASI menyelamat dilakukan oleh anggota Bomba dan Penyelamat hari ini bagi mencari seorang pemancing yang lemas di Sungai Benut, Pontian, Johor, semalam.

Tambah Mohd. Rizam, dia datang bersama dua lagi rakan sekerjanya ke Benut bagi memancing udang galah di Sungai Benut pada pukul 6 petang.

“Saya merasa terkejut, berdebar-debar, mengigil seluruh badan dan tidak meneruskan memancing dan kini masih berada di Bandar Benut bagi membantu siasatan pihak berkuasa,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Mohd. Rizam pada pukul 9.10 malam yang memberitahu dua lelaki terjatuh ketika memancing di tepian Medan Selera, Persisiran Sungai Benut.

Katanya, maklumat mangsa yang diselamatkan tidak dapat diperolehi kerana mangsa telah menghilangkan diri dari tempat kejadian sebelum ggensi penyelamat iaitu pihak polis dan bomba sampai di lokasi.

“Begitu juga dengan maklumat mangsa yang masih hilang juga belum diperolehi,” katanya.

Tambah Mohammad Shofee, Operasi Mencari dan Menyelamat digerakkan pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI