fbpx

Gelombang Padi ‘game-changer’ transformasi industri padi, beras negara – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan amanat pada Majlis Amanat YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Warga KPKM Tahun 2024 di Wisma Tani, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menambah baik mekanisme pelaksanaan sedia ada serta merangka hala tuju baharu bagi industri padi dan beras negara dikenali sebagai Gelombang Padi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Gelombang Padi dijangka menjadi ‘game-changer’ yang bakal mentransformasi industri tersebut.

“Negara mengeluarkan sebanyak 1.6 juta tan metrik beras pada 2022 yang hanya mampu memenuhi 62.6 peratus daripada keperluan negara.

“Oleh sebab itu, kita terpaksa mengimport 1.1 juta tan metrik beras bagi menampung kekurangan bekalan.

“Justeru, saya berharap inisiatif ini (Gelombang Padi) akan mengangkat industri padi dan beras negara ke suatu tahap yang lebih cekap dan berdaya tahan, seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan,” katanya ketika menyampaikan ucapan ketika Amanat Tahun Baharu 2024 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI