fbpx

United mungkin guna khidmat Henderson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENDERSON (kiri) mungkin perlu memikul tugas mengawal gawang United bertemu PSG jika De Gea masih belum pulih. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak boleh mengesahkan sama ada penjaga gol utamanya, David De Gea mampu diturun­kan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain awal pagi esok.

Penjaga gol dari Sepanyol itu dilaporkan berdepan kecederaan lutut ketika United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk merakam kemenangan 3-2 ke atas Southampton kelmarin.

Pada aksi tersebut, De Gea terlanggar tiang gol ketika cuba menyelamatkan sepakan percuma pemain tengah The Saints, James Ward-Prowse dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa ­kedua.

Khidmatnya terpaksa digantikan dengan penjaga gol simpanan, Dean Henderson yang berjaya mengekang asakan Southampton pada aksi di St. Mary itu.

“Kami mungkin terpaksa membuat pemeriksaan lanjut terhadap kecederaan yang dialami. Saya berharap dia mampu cergas menjelang aksi menentang PSG tetapi saya tidak pasti dengan keadaan itu,” kata Solskjaer.

Bagaimanapun, Solskjaer mengakui bahawa beliau tidak bimbang dengan situasi ber­kenaan apabila Henderson dilihat sudah mampu untuk menggalas tugas mengawal gawang United selepas diberikan beberapa peluang sebelum ini.

“Dean bermain dengan baik. Dia sering bersuara untuk memastikan benteng pertahanan sentiasa peka. Dia belum melakukan aksi yang benar-benar membuatkan kami teruja tetapi khidmatnya sangat diperlukan,” jelasnya.

Selain De Gea, United juga sedang memantau secara dekat beberapa siri kecederaan yang melanda beberapa pemain utamanya termasuk yang terbaharu melibatkan Alex Telles yang terlibat dalam insiden pelanggaran.

“Alex juga ada sedikit isu kecederaan tetapi saya harap ia tidak begitu serius,” ujarnya.

United kini mengungguli carta Kumpulan H Liga Juara-Juara dengan sembilan mata daripada empat perlawanan yang diharu­ngi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI