fbpx

Tuah bantu West Ham menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Villa, Ollie Watkins gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus memberikan West Ham kemenangan 2-1 pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus West Ham, David Moyes mengakui pasukannya bernasib baik ketika melakar kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa untuk berada di kedudukan kelima pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, West Ham berjaya menahan asakan Villa yang cuba untuk bangkit pada penghujung perlawanan selain gol penyamaan yang ­dijaringkan oleh pasukan pelawat dibatalkan hasil keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kata Moyes, anak-anak buah­nya boleh menarik nafas lega memandangkan aksi yang dipamerkan tidak begitu baik sepanjang 90 minit perlawanan selepas memberi ruang dan membuka peluang buat pasukan Villa untuk bangkit.

“Saya sangat lega apabila kami berjaya meraih tiga mata penuh. Secara jujur, ia adalah perlawanan yang sukar apabila pasukan lawan beraksi dengan begitu baik untuk membuktikan kenapa mereka boleh menang ke atas Arsenal dan Liverpool sebelum ini.

“Walaupun hanya mencipta dua peluang jaringan, kami tetap memberikan tumpuan penuh dan berjaya bertahan dengan baik untuk memastikan kami melakar kemenangan pada perlawanan ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Moyes turut gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain sayap baharu, Said Benrahma yang telah beraksi cemerlang apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.

“Saya perlu berhati-hati dalam memberi peluang buat Benrahma kerana dia masih baharu dalam kancah EPL. Namun, setiap kali diberi ruang, dia akan mencipta peluang gol buat jentera sera­ngan dan ia telah berlaku pada perlawanan ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI