fbpx

Dimas Ramadhan penat jadi artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIMAS bersama Raffi Ahmad.

PEMILIK nama Dimas Ramadhan pada awalnya merupakan seorang penjual bakso yang tular kerana memiliki wajah mirip seperti pelakon, Raffi Ahmad.

Pendatang baharu dalam industri hiburan Indonesia itu semakin dikenali sejak diperkenalkan Raffi dalam pelbagai acara hiburan televisyen termasuk dalam saluran YouTube Raffi Ahmad sendiri.

Bagaimanapun, Dimas dalam satu kenyataannya mengaku bahawa menjadi seorang selebriti merupakan satu pekerjaan yang sangat memenatkan.

“Jadi artis ternyata penat,” kata Dimas.

Keluhan Dimas telah membuatkan Raffi bersuara dan memberi nasihat kepadanya agar bersemangat dan bersyukur dengan apa yang dimiliki pada hari ini.

“Jangan mengeluh, kamu harus kuat dan bersyukur. Alhamdulillah sekarang kamu sudah mempunyai pendapatan yang lumayan,” kata pelakon filem Love Is Cinta itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI