fbpx

Wanita warga emas parah diserang buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas cedera parah diserang seekor buaya di sungai Kampung Damaran, Pulau Banggi, Kudat semalam. - IHSAN POLIS

KUDAT – Seorang warga emas cedera parah diserang seekor buaya di sungai Kampung Damaran, Pulau Banggi semalam.

Mangsa wanita berumur 79 tahun berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan di kaki dan tangan ekoran dibaham reptilia terbabit.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu daripada anak mangsa pada pukul 1.53 tengah hari.

“Mangsa ketika kejadian dikatakan pergi ke sungai berdekatan rumahnya untuk mengambil air.

“Bagaimanapun, mangsa berkenaan diserang buaya terbabit secara tiba-tiba.

“Mangsa kemudiannya dipercayai sempat diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut. Keadaan mangsa adalah stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, laporan polis dirujuk ke Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI