fbpx

Pasangan jatuh Jambatan Pulau Pinang selepas bertengkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan lelaki dan wanita berjaya diselamatkan orang awam dan nelayan selepas terjatuh dari KM2.8, Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pengguna jalan raya sanggup menggadai nyawa selepas nekad terjun dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, dekat sini untuk menyelamat satu pasangan lelaki dan wanita yang terjatuh ke laut, malam tadi.

Kejadian berlaku ketika orang awam terbabit dikatakan berada tidak jauh dari lokasi pasangan terbabit yang dikatakan sedang bertengkar sebelum dilihat terjatuh ke bawah.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.49 malam tadi dan operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurutnya, dua mangsa terdiri seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 30-an sebelum itu menaiki sebuah kereta Honda Civic berwarna putih.

“Dimaklumkan telah berlaku pertelingkahan diantara mereka di kawasan hentian atas jambatan. Kedua – dua mangsa telah terjatuh ke dalam laut.

“Ketika itu, terdapat seorang lelaki yang juga orang awam berada di tempat kejadian bertindak terjun untuk menyelamatkan mangsa namun pada ketika itu bot nelayan juga berada di lokasi.

“Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam terbabit dan kemudiannya dibawa naik ke atas bot nelayan ke Jeti batu Uban,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beritahunya, kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 8.35 malam tadi.

Ketika kejadian, laluan di kedua-dua laluan jambatan itu dilaporkan mengalami kesesakan dari arah Perai dan Pulau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI