fbpx

Piala Asia: Korea Selatan laung amaran awal buat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Korea Selatan meraikan gol jaringan Lee Kang-in untuk menewaskan Bahrain sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pasukan Korea Selatan menepati ramalan apabila berjaya memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan langkah kanan selepas menewaskan Bahrain 3-1 pada aksi pertama Kumpulan E sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Jassim Bin Hamad, Doha itu, skuad Taeguk Warriors kendalian Jurgen Klinsmann dilihat menyenaraikan tonggak seperti kapten, Son Heung-min dan pertahanan, Kim Min-jae menguatkan kesebelasan utama.

Namun, Klinsmann dilihat seperti simpan ‘kuku’ apabila penyerang utama, Hwang Hee-chan langsung tidak diletakkan di bangku simpanan.

Kedua-dua pasukan dilihat agak seimbang dalam usaha mengekalkan kedudukan pada 30 minit pertama dengan Bahrain lebih banyak bertahan.

Namun, gol yang dicari akhirnya tiba menerusia Hwang In-beou hasil gerakan menarik pada minit ke-38.

Bersambung pada separuh masa kedua, Bahrain memperkemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol penyamaan menerusi ledakan Abdullah Al Hashash pada minit ke-51.

Kegembiraan pasukan Asia Barat itu tidak bertahan lama apabila Korea Selatan sekali lagi mendahului dengan pemain Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in muncul wira pasukan dengan meledak dua gol pantas pada minit ke-56 dan 68.

Korea dilihat terus mendominasi saingan dengan Heung-min hampir menambah jaringan keempat tetapi keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat.

Skuad Korea Selatan dijadualkan bertemu Jordan manakala Bahrain akan menentang Malaysia pada aksi kedua Kumpulan E, Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI