fbpx

Misi trofi pertama Real Madrid sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL menjulang gelaran Piala Super Sepanyol selepas membenam Barcelona pada aksi final awal pagi semalam. - AFP

RIYADH – Pasukan Real Madrid mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan musuh tradisi, Barcelona 4-1 pada aksi final Piala Super Sepanyol di Stadium Awwal awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Galacticos berjaya mendominasi sepenuhnya perlawanan dengan pemain sensasi, Vinicius Jr meledak jaringan hatrik dengan satu lagi gol disumbangkan oleh Rodrygo.

Jurulatih Real, Carlo Ancelotti melaungkan amaran pasukannya boleh ‘sapu bersih’ semua kejuaraan pada musim ini sekali gus menjuarai gelaran quadruple apabila turut bersaing dalam kempen La Liga, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

“Saya sangat gembira dengan kemenangan yang diraih sekali gus menjulang trofi pertama pasukan pada tahun ini. Pasukan pemain cukup matan dan beraksi tanpa sebarang tekanan di atas padang.

“Kita telah memberikan banyak masalah buat pasukan Barcelona dan saya mahu kemenangan ini menaikkan semangat pemain untuk terus bekerja keras dalam usaha mencapai sasaran musim ini,” katanya.

Sementara itu, Vinicius mengakui tidak sangka dapat meledak jaringan hatrik tetapi dalam masa sama gembira dapat tutup mulut pengkritik selain pemain Barcelona yang sentiasa melakukan provokasi di atas padang.

“Saya tidak faham kenapa semua pemain lawan mahu cari masalah dengan saya. Namun, saya gembira dapat kekalkan tumpuan penuh dan ledakan hatrik ini adalah bukti kepada barisan pemain dan jurulatih bahawa saya mampu berikan yang terbaik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI