fbpx

BAM tidak kecewa aksi pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI dan Yew Sin merupakan salah satu wakil negara yang terkandas di suku akhir pada saingan Terbuka Malaysia lalu.

WALAUPUN tidak ada satu wakil negara melangkah ke separuh akhir dan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia minggu lalu, namun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih berpuas hati dengan pencapaian pemain-pemain.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menganggap pelbagai faktor menjadi penyebab kepada situasi tersebut termasuk pemain-pemain yang baru pulih daripada kecederaan selain kurang persediaan selepas pulang daripada percutian.

“Sambutan pada Terbuka Malaysia sangat memberangsangkan dengan kehadiran penonton setiap hari. Saya sangat berpuas hati dengan penganjuran Terbuka Malaysia, terutamanya dari segi persembahan.

“Walaupun ia penganjuran bertaraf dunia, namun ada timbul rasa kecewa dan sedih bukan sahaja kita, malah peminat-peminat juga kerana tidak ada wakil (Malaysia) di separuh akhir dan final.

“Kalau kita lihat secara terperinci, pencapaian keseluruhan kita kali ini tidak teruk sangat kerana kuasa-kuasa besar Asia Tenggara yang lain juga tidak sampai ke separuh akhir dan akhir,” katanya.

Pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 itu, dua beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mencatat pencapaian terbaik apabila berjaya melangkah sehingga ke suku akhir.

Dalam pada itu, Norza menjelaskan, fokus utama skuad negara adalah Sukan Olimpik Paris 2024 Julai nanti selain mengharapkan pemain-pemain negara mampu mencatat keputusan membanggakan di temasya tersebut.

“Kita perlu berikan mereka (pemain) sokongan dan saya sudah berbincang dengan Rexy (Mainaky) dan pengerusi bersama RTG (Road to Gold) YB Hannah. Kita harus fikirkan mengenai persiapan untuk hadapi Olimpik.

“Sudah tentu kita mahu pemain-pemain mencapai prestasi terbaik di Olimpik. Tidak ada guna kalau menang di sini tetapi gagal menunjukkan aksi terbaik pada Sukan Olimpik nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI