fbpx

Piala Asia: Jepun cemas sebelum menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: MINAMINO berjaya meledak dua gol ketika membantu Jepun menewaskan Vietnam pada aksi kelmarin. - AFP

DOHA – Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu mengakui saingan Piala Asia kali ini lebih mencabar selepas hampir dikejutkan wakil Asia Tenggara, Vietnam pada aksi pembukaan Kumpulan D di Stadium Al Thumama kelmarin.

Vietnam berjaya mendahului 2-1 sebelum Jepun bangkit untuk mengesahkan kemenangan 4-2 dan Moriyasu akur anak buahnya memperoleh pengajaran paling berguna pada penyertaan kali ini.

“Realitinya aksi dengan Vietnam memberikan pengajaran berguna kepada kami yang tiada satu pun aksi mudah pada Piala Asia kali ini. Kami bertuah kerana pemain saya kekal tenang untuk menyesuaikan diri dengan situasi sebelum mengesahkan kemenangan,” katanya.

Pada aksi itu, Takumi Minamino terlebih dulu membuka jaringan buat Jepun sebelum Vietnam memperoleh dua gol daripada Nguyen Dih Bac dan Pham Tuan Hai.

Bagaimanapun, Samurai Biru mula menyerlahkan kemampuan sebenar apabila bangkit dengan tiga lagi gol daripada Minamino, Keito Nakamura dan Ayase Euda.

Moriyasu juga merasakan mereka wajar menyalahkan diri sendiri kerana tidak memberikan tekanan kepada Vietnam terutamanya selepas lawan memperoleh gol pertama.

“Keadaannya agak sukar selepas Vietnam memperoleh gol penyamaan dan memaksa kami menggandakan asakan untuk memastikan kebangkitan.

“Tidak dinafikan ada sedikit kekesalan, namun serba sedikit kemenangan ini berikan keyakinan buat pasukan untuk menghadapi aksi seterusnya,” katanya yang bakal bertemu Iraq pada aksi kedua, Jumaat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI