fbpx

Kangana Ranaut tolak watak penyendal, simbol seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANGANA RANAUT

BINTANG sensasi Kangana Ranaut sememangnya terkenal dengan kelantangan membicarakan apa sahaja isu melibatkan pelakon serta masalah dalam arus perfileman Bollywood.

Kini, bintang Raaz: The Mystery Continues hangat diperkatakan tentang pendekatannya menolak tawaran lakonan dengan beberapa aktor popular gara-gara penampilannya dalam sesuatu filem hanya sebagai penyendal atau disifatkan simbol seks.

Dia tiada masalah untuk lakonan lakonan di sisi Salman Khan, Akshay Kumar dan Ranbir Kapoor walaupun melibatkan naskhah bajet besar.

Alasan Kangana, industri filem Bollywood masih menjadikan wanita sebagai simbol seks, tidak penting seperti kelompok pelakon lelaki.

“Saya tolak tawaran bersama aktor popular besar seperti Akshay Kumar, Salman Khan dan Ranbir Kapoor bukan kerana mempunyai masalah peribadi dengan mereka, tetapi sebab maruah dan kuasa wanita.

“Apabila pelakon wanita masih dianggap kelas kedua, hati saya sakit, jadi itu hanya tanda protes,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI