fbpx

Peniaga tak sempat sarapan, maut dirempuh trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA maut di lokasi selepas dirempuh Triton dipandu wanita berusia 64 tahun dalam nahas di Jalan Parit Penghulu, Melaka.

JASIN – Seorang peniaga maut ketika dalam perjalanan untuk bersarapan selepas motosikal yang dia tunggang dirempuh sebuah pacuan empat roda (trak pikap) dipandu wanita warga emas di Jalan Parit Penghulu, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, mangsa Tan Hon Lai, 55, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C100 dalam perjalanan dari Parit Penghulu ke pekan Sungai Rambai.

“Setiba di lokasi, sebuah Mitsubishi Triton dipandu wanita berusia 64 tahun dari arah bertentangan telah terbabas lalu bertembung dengan mangsa.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI