PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada bagi negeri-negeri di Malaysia Timur dan ia berkuat kuasa bermula esok.
Menurut kenyataan MetMalaysia di laman Facebooknya, ia akan berlarutan sehingga 17 Januari nanti.
“Amaran ini dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat).
“Selain itu, ia turut dikeluarkan bagi daerah Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah,” katanya.
Jelasnya lagi, amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau diramal berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE