fbpx

Raja Dadah berasal dari Perak miliki aset RM190 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Dadah yang ditahan di Laos sebelum ini. Foto Ihsan Laotian Times

KANGAR – Polis mengesahkan ‘Raja Dadah’ yang juga rakyat tempatan ditahan di Laos pada 29 Disember lalu memiliki nilai aset dianggarkan RM190 juta

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Kamarudin Md Din berkata, suspek berusia 41 tahun dan berasal dari Perak itu pernah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) sebelum ini.

“Untuk makluman, kita pernah mengambil tindakan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) ke atas dia (Raja Dadah) malah kita juga pernah membuat rampasan (aset) suspek pada peringkat awal penahanannya sebelum ini.

“Sebahagiannya sudah pun kita lucutkan hak dan ada yang kita sudah pulangkan semula (kepada suspek) dan nilainya, jika tidak silap saya, dalam RM190 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI