fbpx

Sorok syabu RM19 juta dalam hutan simpan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarudin (empat dari kiri) menunjukkan sebahagian bungkusan syabu yang dirampas polis di Padang Besar baru-baru ini.

KANGAR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas sejumlah 528 kilogram (kg) syabu bernilai RM19 juta di satu kawasan hutan simpan persekutuan di Padang Besar, dekat sini baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, ia susulan penahanan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun pada 10 Januari lalu di sekitar negeri ini.

Kata beliau, hasil soal siasat, suspek yang bekerja sendiri itu mendedahkan tempat simpanan sejumlah besar dadah di sebuah lokasi di dalam hutan simpan persekutuan berdekatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

“Hasil pemeriksaan di tempat penyimpanan tersebut, polis berjaya menjumpai 20 guni berjahit yang mana di dalamnya terdapat 480 bungkusan plastik teh Cina Guang Yin Wang.

“Bungkusan berkenaan disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine yang diletakkan di dalam troli besi serta ditutup dengan ranting dan daun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.

Difahamkan JSJN Perlis melakukan risikan selama kira-kira enam bulan berdasarkan hasil maklumat awam yang mana jumlah keseluruhan dadah tersebut mampu digunakan oleh kira-kira 2.6 juta penagih dadah.

Polis turut merampas lapan buah motosikal, pelbagai jenis kenderaan termasuk dua kereta, pacuan empat roda, sebuah ekskavator, wang tunai dan koleksi jam tangan dipercayai milik suspek utama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI