fbpx

Orang ramai halang demonstrasi bakar al-Quran di Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wagensveld mencemarkan al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di The Hague, Belanda pada 23 September 2023. - AA

AMSTERDAM – Pertempuran tercetus antara pasukan polis dan kumpulan penunjuk perasaan yang membantah demonstrasi membakar kitab suci al-Quran di Belanda, lapor agensi berita Anadolu.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh ketua gerakan Patriotik Eropah Menentang Islamisasi Barat (PEGIDA), Edwin Wagensveld setelah mendapat kebenaran daripada majlis perbandaran Arnhem.

Ia kemudian dihentikan apabila berdepan campur tangan kumpulan penunjuk perasaan tersebut. 

Tiga individu ditahan kerana melanggar peraturan, manakala tiga anggota polis mengalami kecederaan ringan selepas pertempuran tersebut. Wagensveld pula diletakkan di bawah perlindungan polis. 

Datuk Bandar Arnhem, Ahmed Marcouch berkata, tindakan membakar mana-mana kitab suci tidak dilarang di Belanda.

Katanya, walaupun perbuatan itu boleh menimbulkan kemarahan orang ramai, penggunaan keganasan sebagai tindak balas adalah tidak boleh diterima.

Di Belanda, datuk bandar mempunyai kuasa untuk mengharamkan sesuatu demonstrasi jika beliau menjangkakan aktiviti terbabit boleh menggugat ketenteraman awam.

Wagensveld pernah mengoyakkan al-Quran di hadapan bangunan Parlimen Belanda di The Hague pada 22 Januari 2023 dan sekali lagi di Utrecht pada 13 Februari tahun yang sama.

Demonstrasi membakar al-Quran yang dirancang PEGIDA pada 22 Oktober 2022 ditamatkan selepas penahanan Wagensveld. Selepas dibebaskan pada hari sama, dia ditahan kerana melakukan tindakan serupa di The Hague. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI