fbpx

Turkiye tangkap bintang bola sepak Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEHEZKEL (kiri) beraksi di Stadium Bloomfield, Tel Aviv pada 12 September 2023. – AFP

ISTANBUL – Seorang pemain bola sepak Israel ditangkap kerana mempamerkan mesej merujuk kepada perang Israel-Hamas semasa perlawanan pasukan divisyen pertama di Turkiye, lapor media tempatan semalam. 

Menteri Kehakiman Yilmaz Tunc berkata, pihaknya menyiasat pemain Israel, Sagiv Jehezkel yang bermain untuk kelab Tukiye kerana cubaan ‘menghasut kebencian’. 

Kelab pemain berkenaan, Antalyaspor telah memecatnya berhubung insiden tersebut.

Jehezkel, 28, yang sudah lapan kali mewakili pasukan kebangsaan Israel, meraikan gol jaringan golnya ketika menentang pasukan Trabsonspor dengan menunjukkan mesej pada bandana di pergelangan tangan kirinya menyatakan, ‘100 hari. 7/10’

Mesej itu dipercayai merujuk kepada perang Israel-Hamas yang memasuki tempoh 100 hari semalam.

“Pejabat pendakwa raya Antalya telah membuka kertas siasatan terhadap pemain bola sepak Israel, Sagiv Jehezkel kerana menghasut kebencian kepada orang ramai dengan mengadakan sambutan menjijikkan yang memihak kepada pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza,” kata Yilmaz di laman X.

“Kami akan terus menyokong rakyat Palestin yang ditindas,” tambahnya.

Antalyaspor pula memberitahu, pihaknya memecat Jehezke dan menuduhnya ‘bertindak bertentangan dengan nilai-nilai Turkiye’.

Sejak perang Israel-Hamas bermula, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berulang kali menggambarkan Israel ‘pengganas’ dan Hamas sebagai ‘kumpulan pembebasan’. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI