fbpx

Hujan di Kelantan dan Terengganu, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan keadaan hujan kini sedang berlaku di satu dua tempat di buah negeri di pantai timur, Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu melibatkan bahagian di persisiran pantai Kelantan dan Terengganu serta ia diramal akan beransur reda lewat pagi nanti.

“Jika dilihat keadaan cuaca di Malaysia Timur pula, keadaan cuaca agak lembap di bahagian selatan Sarawak semenjak malam tadi namun ia dilihat keadaan ini semakin reda.

“Tambah pula, keadaan hujan masih lagi berlaku di satu dua tempat di Betong, Sarikei dan Mukah di Sarawak.

“Bagaimanapun, ia juga diramal akan beransur reda di dua ke tiga jam lagi sama seperti keadaan hujan di Sandakan, Sabah,” jelasnya.

Berkata lanjut, bagi negeri lain di Semenanjung pula dilihat keadaan cuaca cerah dan baik pada pagi ini.

“Memandangkan keadaan cuaca diramal baik sepanjang satu ke dua hari ini, tiada sebarang amaran hujan berterusan yang dikeluarkan di kawasan semenanjung pada ketika ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI