fbpx

Warga emas ditahan bersama rokok seludup RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 118 karton rokok putih yang ditemui selepas pihak polis memeriksa sebuah van di Jalan Sri Amar, Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas ditahan bersama rokok seludup bernilai lebih RM40,000 selepas van dipandunya diperiksa pihak polis dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Sri Amar, Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas Pasukan Pemantau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang melakukan tugasan SJR telihat sebuah van dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan ke atas van jenis Daihatsu yang dipandu lelaki tempatan itu telah menemui sebanyak 118 karton yang mengandungi 37,600 batang rokok putih pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM43,680.

“Susulan penemuan itu, tangkapan telah dibuat ke atas lelaki berusia 60 tersebut dan dia kini direman selama dua hari sehingga esok bagi tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 (Akta 235),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, rokok-rokok tersebut dipercayai akan diagihkan kepada peniaga-peniaga di sekitar kawasan Chow Kit namun siasatan lanjut berhubung rampasan tersebut sedang dilakukan.

“Pihak Polis Diraja Malaysia memohon kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan penjualan rokok seludup di kawasan sekitar daerah Dang Wangi.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujar beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI