fbpx

Anwar, Wan Azizah raikan Pengantin Diraja Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Wan Azizah ketika menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei di Istana Nurul Iman, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya, Dayang Anisha Rosnah, di Istana Nurul Iman, hari ini.

Majlis gilang-gemilang yang diadakan buat putera ke-10 itu dihadiri lebih 5,000 tetamu terdiri daripada kerabat diraja dan ahli politik antarabangsa.

Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat segak dan anggun mengenakan busana baju melayu dan kurung berwarna hitam.

Dalam hantaran di Facebooknya, Anwar turut melahirkan rasa berbesar hati menerima jemputan daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Perkahwinan Diraja putera baginda berdua.

“Saya dan Azizah hari ini menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

“Dititipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata, di dalam majlis tersebut beliau berkesempatan bertemu dengan pimpinan ASEAN yang lain.

“Saya turut berkesempatan bertemu dengan pimpinan ASEAN lain yang turut hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong,” katanya.

Malam tadi, Anwar dan Wan Azizah berlepas ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam bagi memenuhi jemputan kerabat diraja itu.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat tiba di Brunei kira-kira pukul 3.40’petamg.

Selain Agong, antara kerabat Diraja lain yang berkenan tiba di majlis persandingan tersebut adalah Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Jetsun Pema. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI