fbpx

Pencarian kereta hilang bersambung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba berusaha mencari kereta berkenaan.

BINTULU – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah kereta yang dipercayai telah jatuh ke dalam sungai di Wharf Jabatan Kerja Raya (JKR) Sebauh, Sungai Kemena di sini akan bersambung esok.

Difahamkan bahawa identiti mangsa yang dipercayai memandu kereta tersebut telah dikenalpasti sebagai Entering Junggai, 61.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Christus Buson, SAR hari kedua terpaksa ditunda berikutan hari semakin gelap.

“Aktiviti selaman di lokasi yang ditandakan dengan pelampung sebagai kedudukan berkemungkinan. Namun hasil selaman mendapati ia hanyalah sisa-sisa bot lama dan konkrit dan bukanlah kereta yang hilang.

“Kami turut membuat pencarian menggunakan kaedah permukaan air (water surface searching) dalam radius satu kilometer dari jeti kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Operasi ditangguhkan pada pukul 4.30 petang dan akan disambung keesokan hari.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI