fbpx

Piala Asia: Australia nafi hajat besar India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUSTRALIA memerlukan babak kedua untuk membuka tirai jaringan dan gol kedua ketika membenam India kelmarin. - AFP

DOHA – Australia berjaya memanfaatkan kelebihan fizikal untuk mengesahkan kemenangan 2-0 ke atas India pada aksi pertama Kumpulan B Piala Asia di Stadium Ahmad bin Ali kelmarin.

India yang memiliki kelebihan daripada segi kehadiran penyokong di stadium seakan mampu memberikan saingan ketika Australia hanya memperoleh jaringan di babak kedua menerusi Jackson Irvine dan Jordan Bos.

Pengendali Australia, Graham Arnold menjelaskan aspek kesabaran menjadi elemen utama kepada kejayaan Australia dan pemainnya begitu matang untuk menafikan kejutan daripada India.

“Perlawanan pertama yang mengujakan dan ketika rehat separuh masa, kami berbincang mengenai cara untuk mengecewakan India.

“Kami juga cuba untuk menenangkan pemain untuk teruskan baki perlawanan. Saya beritahu kepada pemain supaya kekal bersabar dan hasilnya pasti akan tiba,” katanya.

Perlawanan itu turut menyaksikan pengadil Jepun, Yoshimi Yamashita muncul pengadil wanita pertama yang mengendalikan perlawanan lelaki Piala Asia sambil dibantu oleh dua rakan senegaranya, Makoto Bozono dan Naomi Teshirogi.

Sepanjang perlawanan, Australia yang turun selaku juara 2015 jelas menjadi pasukan lebih baik apabila mendominasi permainan dan mudah mengekang gerakan diatur lawan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI