fbpx

Warga emas tunggu orang bantu basuh rumah berlumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Muhamad Akmal (dua dari kanan) beramah mesra dengan Bainah ketika hadir dalam Misi Bantuan Banjir Pemuda UMNO Malaysia di Kluang, Johor, hari ini.

KLUANG – Seorang wanita warga emas yang tinggal di Kampung Paya, di Kluang terpaksa membiarkan sebahagian rumahnya bersalut dengan lumpur selepas ditenggelami air akibat banjir, baru-baru ini kerana tidak larat untuk membasuhnya.

Bainah Ahmad, 86, yang juga ibu tunggal serta hidup sebatang kara berkata, tidak mungkin dirinya dapat membersihakan kotoran lantai dipenuhi lumpur itu menyebabkannya terpaksa menunggu jika ada pihak tampil untuk membantu.

Katanya, selain lantai, banyak peralatan dapur serta pakaian turut terendam dengan air yang naik secara mendadak ke paras dada ketika banjir mula berlaku pada 8 Januari lalu.

“Boleh lah kemas sikit-sikit mana yang mampu diangkat, jika tidak boleh, mak cik biarkan sahaja mana tau ada orang sudi bantu membersihkan,” katanya, sebelum kedatangan kira-kira 150 orang ahli Pemuda UMNO yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini.

Mengetahui kedatangan rombongan itu, Bainah terharu kerana hasratnya membersihkan rumah tertunai dengan waktu yang lebih singkat.

Dalam pada itu Muhamad Akmal berkata, Pemuda UMNO Malaysia bersama Pemuda UMNO Johor berganding bahu melaksanakan Misi Bantuan Banjir Pemuda UMNO Malaysia di Johor yang terkesan banjir sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI